Run. Mix. Burn!

Thursday, 9 February 2017

CSR - Kampung Pisang

Masih Ada Yang Sayang
28-30 Januari 2017
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak

..gambar ehsan dari group WhatsApp CSR-KgPisang

Kampung Pisang

Aktiviti CSR Program Masih Ada Yang Sayang anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Dikelola oleh KATS (Kembara At Taqwa Solution)

Kampung Pisang

Sebaik sampai di Kg.Pisang bersama pasukan 4Wheels. Dibelakang kenderaan adalah dewan sewang. Tempat penginapan peserta lelaki dan acara keraian.

Kampung Pisang

Perkara pertama sebaik turun dari kenderaan, bermesra dan layan kanak orang asli Temiar. Poket kargo pant aku yang penuh dengan gula2.. habis sekelip mata.

Kampung Pisang

Antara aktiviti pada hari ke2 - Welding pintu besi surau yang telah lama lekang

Kampung Pisang

Pelajar politeknik mem-aplikasikan pemasangan paip ke dapur dewan.

Kampung Pisang

Menyapu dan membersih rambut kanak2 yang berkutu. Perhatikan air sungai seperti warna teh tarik. Hujan tak turun 4-5... tapi warna tetap sama gara2 kerja pembalakan

Kampung Pisang

Menyumbang pakaian terpakai dan stock baju program yang tak habis dari Politeknik. Aku juga menyumbang baju2 larian tak terpakai yang masih dalam paket plastik.

Kampung Pisang

Layan kanak bermain kipas helikopter terbang

Kampung Pisang

Pertandingan mewarna - semua menang :)

Kampung Pisang

Pertanding bola sepak antara PTSB dan Kampung Pisang FC

Kampung Pisang

Gotong royong memotong umbut kelapa sawit untuk dijadikan sayur lemak.

Kampung Pisang

Menyambut saudara baru

Kampung Pisang

Kenduri makan tengahari bersama penduduk kampung

Kampung Pisang

Masak lemak umbut kelapa sawit terbaik!

Kampung Pisang

Mandi sungai

Kampung Pisang

Bilik hotel aku yang beribu bintang di Kg.Pisang. Serius.. sekoq nyamuk pon tak gigit aku.

Kampung Pisang

Berpeluang bersua dengan kijang semasa berlari di pagi hari ke3, melalui laluan ke Kuala Mu

Kampung Pisang

Bersama Kanak-kanak istimewa Kampung Pisang

Kampung Pisang

Bersama marka-marka Temiar

Kampung Pisang

Bersama pengarah PTSB dan TokBatin - Naseri.

Kampung Pisang

Bersama sebahagian penduduk kampung

Sunday, 5 February 2017

Where did I jog? - Kampungan Orang Asli Temiar.

30Jan2017 | 10km
Kampung Pisang, Sungai Siput, Perak.

Sertai CSR (corporate social responsibility) 3H2M bersama pelajar Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah ke perkampungan orang asli Temair pada cuti CNY baru-baru ini.

Aku ambil kesempatan layan off-road pada hari ke 3. Melalui laluan ke Pos Kuala Mu.

Isyarat telefon - flat habis bagi Maxis dan Celcom. Sepanjang 3H2M kami cukop komited dan fokus dalam usaha CSR sebab tak dapat main handphone.

Aku curik2 main. Baca e-book :) sambil muhasabah diri.

Ketika selesai solat subuh aku mohon izin dengan Tok Batin dan sembang tanyakan keadaan laluan off-road yang nak diredah. Katanya darjah kesukaran laluan adalah tahap sederhana - lebih kurang macam tu maksudnya. Aku cargas seawal 8 pagi dan berpesan pada ketua CSR untuk kembali sebelum jam 10pagi.

Cuma 10km. Naik, turun laluan tanah merah dan mendaki bukit berdekatan Kampung Pisang yang telah gondol akibat kerakusan pembalakan. Katanya nak gantikan dengan tanaman sawit@getah.

Ayeq sungai mengalir laju macam teh tarik begitu juga warnanya. Cuma aku tak berani aku nak top-up dalam water-belt.

Di pertengahan laluan, bertemu salah seekor warga rimba - kijang. Masing-masing saling terpaku. Kami sempat bertentang mata dan handphone. Heran dia tengok aku pakai baju Champion Kedah.

Ketika menuruni bukit, 2 ekor anak musang terlajak lari dalam laluan larian aku.

Aku u-turn dan selamat kembali ke Kampung Pisang jam 10:05 minit.

Sekian catatan saya.

Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kijang. Jarang2 sekali ditemui orang ujar Tok Batin
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang
Kampung Pisang

Labels: , , ,

Wednesday, 18 January 2017

SCORE Run 2017 - Conquer the city

Date: Sunday | 09 April 2017 | 5:30am
Venue: Berjaya Times Square
Category: 21km, 12km and 6km
Website: www.score.my

The conquerors are back! SCORE Run 2017 returns to the city, so get ready to take it to the limit and dominate the streets!

SCORE Run 2017

It’s man versus city. Kick off at the heart of Kuala Lumpur’s golden triangle – BERJAYA TIMES SQUARE and stop at nothing to conquer the urban jungle. Run under the shade of towering skyscrapers and world-class hotels and be in awe as the city comes alive. With an expected 12,000 runners, SCORE RUN is set to be one of the best running events of the year.

Sign up now to also get your t-shirt with your personalized name on it! For more info on the run, you may log in to www.score.my

SCORE Run 2017

About SCORE

The secret to a successful event is really no big secret. It all boils down to how much your participants enjoyed the experience you create. At SCORE, it comes down to the three S.

SCORE Run 2017

Smooth.
From registration, to entry pack collection, to the event proper and subsequent proceedings, we ensure the delivery of a smooth and seamless experience. We take care of the nitty-gritty, so that your event experience with SCORE will be pleasant journey from end to end.

SCORE Run 2017

Safe.
We appreciate that mishaps can often occur, which is why our events take into consideration the safety and security of participants as well as our crew. We anticipate everything that could potentially go south, and work towards ensuring that it doesn't.

SCORE Run 2017

Sexy.
This is the final S-factor, the little creative extras that differentiates a SCORE event from any other. From exciting event concepts, impressive buildups, top-notch event merchandise designed by award-winning designers, we conceive our events to look good in your photos, your social media posts and collection of event collaterals.

Whether it's our own SCORE events, such as the SCORE Run, the Valentine themed Cupid Run, the record breaking FitMob Festivals, and the upcoming all-girl Amazonian Race, or events we run for clients such as the Ministry of Youth & Sports' Fit Malaysia nationwide tour, or the Reebok Les Mills One Live, we always endeavour to make it yet another exhilarating SCORE experience.
Turn your next event into an exhilarating experience for your participants and partners.

..from Vivian Pang vivian@score.my / Dan Qi danqi@score.my

Labels: , , , ,

Sunday, 15 January 2017

Report: Surat Half Marathon 2016

Surat Half Marathon 2016

Surat Half Marathon
Tarikh: 10-12 Disember 2016
Tempat: Suratthani, Thailand
Jarak: 21km, 10km dan 5km

Abdul Haris Shariff
Position: 70
Bib: 0922
Category: Male 40-49
Time: 1:57:11 (Off.Time) 1:57:05 (Net.Time)

Runcation = Run + Vacation. Anjuran ke 3 oleh Run.Mix.Burn! selepas Khanom Marathon dan Pong Yaeng Trail.

Surat Half Marathon 2016

Kena rasuk oleh laman FB penganjur dengan keindahan medal dan baju. Kemudian terkena santet Kwansai semasa berlari di pantai Khanom. Depa buka kaunter pendaftaran disitu dan bagi pegang medal + test pakai baju event - cair teruih.

Rasanya.. kami merupakan wakil dari Malaysia. Ada rakan2 yang belom dikenali, ikut bersama. Ada rakan yang tak pernah berlari, ikut serta dan rakan yang cukop lama tak lari, ikut berlari kembali.

Sabtu - 2 van. Kami pecah kepada 2 kumpulan - 2D1N dan 3D2N.

Suratthani.
Terletak kira 360km dari sempadan Padang Besar. Perjalanan ke sana antara 5-6jam. Tak sempat singgah tempat menarik sepanjang perjalanan disebabkan kelewatan urusan passport di sempadan Thailand - terlalu ramai pelancong dan sistem yang lembab.

Hampir jam 7pm kami di lokasi pendaftaran yang terletak di tepi sungai Tapae. Suasana masih meriah dengan musik dan MC MatSalleh dari Bangkok yang fasih berbahasa Thai dan Melayu - Bryan. Beliau pernah mengajar di UKM selama 5 tahun. Dan sekarang menetap di Bangkok serta aktif berlari.

Pihak penganjur telah asingkan size, baju dan bib untuk group kitaorang. Ianya lebih mencepatkan proses pendaftaran kami. Walaubagaimana pon kami tak sempat shopping pakaian2 sukan di khemah2 yang terdapat sekitar kaunter pendaftaran sebab terlalu lewat dan lapar.

Kami berpecah 2, disebabkan lokasi hotel yang berlainan - Sabye D Resort dan iRoom Hotel.

Surat Half Marathon 2016

Sabye D Resort
Cukop best. Terletak di seberang sungai dari kawasan pekan. Dalam laluan larian. Cuma 500+ meter berjalan kaki ke tempat larian. Bilik luas, kemas dan murah serta lanskap pokok dan kolam ikan yang cantek. Cukop berbaloi menginap.

Gambar hari pertama
Surat Half Marathon 2016
Dalam komuter
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Ramai dan sesak di imigresen Thailand
Surat Half Marathon 2016
Money changer aka kedai mercun
Surat Half Marathon 2016
Bunga api - Cucuh untuk sambut tahun baru Surat Half Marathon 2016
Lunch merangkap sarapan
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Surat Half Marathon 2016Surat Half Marathon 2016
Pekan koboi dan kuda besi
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Urusan pendaftaran secara berkumpulan Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Bryan - MatSalleh boleh berbahasa Thai dan Melayu Surat Half Marathon 2016
Pasar malam mencari makan malam
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016

Ahad - Race Day.
Berjalan kaki dan solat subuh di khemah pendaftaran.

Cukop meriah dengan senamrobik serta muzik Thai yang rancak. Pelbagai peringkat umur yang datang dan turut serta - tua, muda, kanak2 dan binatang kesayangan.

Keadaan masih gelap. Kami mula berlari menyeberang sungai dan lepasi hotel penginapan. Pacing bersama Johnny. Sembang tanya apa pon dah tak mau layan.. dok ralit dengaq mp3. Sesekali dia rengah menyanyi bila mai tang part lirik lagu rock yang dia tau. Marka siam dok lari sebelah terkujat dan gelak sama.

Water-station. Superb bagi aku. Sebab aku cuma perlu mineral water tanpa ais saja. Lelain tu bonus, tapi aku tak akan amik masa lari. Jumlah water-station cukop dan memadai. Seriau terbocor balik aja...

Sepanjang larian kat Thailand, event ni yang menyebabkan aku mati kutu nak buat pose aksi lari apa lagi.. cukop ramai shutterbugs. Hat candid, hat official... cukop ramai. Sekali shoot... 4-5snap. Sampai sekarang aku belom habis tengok album larian di FB penganjur.

Cuma kurang best. Laluan larian adalah U-turn pada KM ke 10. Kelebihan plak, kita bleh kira posisi kita ditempat ke berapa.

Surat Half Marathon 2016
Laluan 21km dan Ko Lumphu

Paling best. Lagi 400-300meter nak sampai dengan muzik rancak dok main di tempat acara, kitaorang tala pi pusing lagi 1km dalam Ko Lamphu - Sebuah delta\pulau ditengah sungai.

Satu pusingan pulau adalah 1km. Menariknya di Ko Lamphu, ia merupakan lokasi rekreasi untuk warga tempatan. Dilengkapi alatan senaman dan gelangan futsal, track mini-tar yang rata dan bersih.

Jika melencong ke Suratthani.. mai jogging kat track jogging Ko Lamphu di waktu pagi. Lepas tu nikmat sarapan pagi di warung muslim yang berhampiran - Depan hotel Sabye D Resort. Terbaik!

Medal Surat Half Marathon - amat menarik. Yang aku capai/kalung dulu berbanding capai botoi ayeq ketika tiba di garis penamat

Misi ke-2 adalah selfie dan group photo bersama duta Surat Half Marathon - Kwansai Patkong. Meleret senyum bila dapat bergambar.

Ada 2 wakil naik podium. Firdaus yang memenangi #9 dalam 10km dan anak Wan yang memenangi peserta termuda dalam acara Fun Run.

Seperti biasa larian di Thailand tak meriah tanpa makan2 selepas lari. Pelbagai makanan di jamu. Cukop banyak dan tiada had. Aku cuma minum cincau saja - was2.

Selepas check-out hotel, kita orang berpecah ke destinasi Khanom mencari pink dolphin dan Padang Besar bagi trip 2D1N.

Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Johnny Be Good..
Surat Half Marathon 2016Surat Half Marathon 2016
Sprinter - Firdaus dan Nan the translator Surat Half Marathon 2016
Abg Man Haron
Surat Half Marathon 2016
Che Din
Surat Half Marathon 2016
Baman
Surat Half Marathon 2016
Surat Half Marathon 2016Surat Half Marathon 2016
HafizPid + Remin
Surat Half Marathon 2016
Ujang+MatPi
Surat Half Marathon 2016
MdSham
Surat Half Marathon 2016
Man
Surat Half Marathon 2016
PakYa The Indorunners
Surat Half Marathon 2016
Ejan
Surat Half Marathon 2016
Fahimie + Raden
Surat Half Marathon 2016
Wan + Jr. + Spouse behind.
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Misi ke-2
Surat Half Marathon 2016
Misi ke-3
Surat Half Marathon 2016
Last runner
Surat Half Marathon 2016
Breakfast
Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Landmark Suratthani - Jambatan Sri Surat. Lokasi acara Suratthani Marathon. Surat Half Marathon 2016 Surat Half Marathon 2016
Singgah di perkampungan nelayan islam untuk solat Surat Half Marathon 2016
Cantek..haah..
Surat Half Marathon 2016
Keputusan rasmi. Klik untuk size XL

Photo ehsan daripada official dan rakan-rakan serombongan