Run. Mix. Burn!

Tuesday 24 November 2015

Berkhatan di Kampung Yan

Cuti sekolah. Selain acara kenduri kahwin, bersunat, jawi atau berkhatan juga tidak ketinggalan bagi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun sebelum mencapai akil baligh.

Beberapa jiran taman perumahan bersepakat ambil kesempatan memperingati berkhatan secara tradisional. Jarang-jarang sekali kita dengar khidmat tok mudim diguna pada masa kini.

Teman 7 orang anak jiran pagi ni ke kampung Yan sambil lihat proses berkhatan secara dekat.

Cukup pantas sekali hasil kerja tangan tok mudim. Rasanya 2~3 minit saja bagi seorang kanak-kanak yang tiada masalah seperti keriau atau berontak.

Daripada 7 orang cuma 3 saja berjaya dikhatan. 4 kanak-kanak terpaksa ditangguh ke tahun depan atau dinasihati kuruskan badan supaya 'burung'nya mudah keluar daripada lebihan kulit.

Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat sepanjang proses berkhatan. Yang tenang, gelabah, meraung, beratuih kat tok mudim. Yang ibubapa yang tak sanggup tengok pon ada.. Alasan mabuk darah.

Aku, bak kata pepatah... Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa masa tok mudim tu cantas.

Mungkin ada part yang kurang berbanding masa zaman hangpa?

khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
Batang pisang di guna sebagai tempat duduk.
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan
khatan sunat Yan

Labels: , , ,

3 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Masih wujud lagi cara mudim kan? Alhamdulillah dan harap dikekalkan

    By Anonymous Anonymous, at 3:53 pm  

  • Cuma tak tau kot ada lagi generasi yang nk sambung sebagai Mudim.

    By Blogger aharis, at 11:44 am  

  • Salam.. I am a 21-year-old Korean who wants to get sunat. I am looking for Tok Mudim, so can you give me some advices? Please message me, my email address is vermach24@gmail.com.

    Saya tidak bercakap Melayu.. jadi, menulis dalam Inggeris.

    By Blogger Unknown, at 9:33 am  

Post a Comment

<< Home