Run. Mix. Burn!

Wednesday 20 January 2016

Tarutao History Run 2016

Tarikh: 19~20 Mac 2016 | Sabtu~Ahad
Tempat: Pulau Tarutao, Satun, Thailand
Jarak: 25km, 10.5km dan 4km

Antara acara yang dok tunggu tiap-taip tahun. Dok berharap diadakan pada tarikh yang 'betul' kerana ia amat sesuai kalau nak bawa keluarga bersama. Kali ni 19~20 Mac 2016 kena pada cuti sekolah tapi tidak pada negeri Kedah dan negeri yang sewaktu dengannya.

Tahun ini - 2016. Ada sedikit perubahan
1. Kategori 25km diadakan lagi sejak tahun lepas
2. Yuran penyertaan 700baht termasuk bot pi/balik, makanan 3x, t'shirt, insuran, aktiviti pantai dan tidak termasuk penginapan.
3. 200baht - untuk sewa khemah
4. Chalet - kena hubungi pihak penganjur.
5. Lebih banyak kategori/wang-tunai ditawarkan.
Di-ingatkan Sabtu@11:30am jam tempatan adalah waktu bot terakhir berlepas.

Tarutao History Run 2016
Tarutao History Run 2016
klik pada link dibawah untuk fail format .pdf

Disertakan borang pendaftaran dan jadual acara.

Bagi yang nak tau bagaimana nak pi dan pengalaman berlari di Koh Tarutao, Satun, Thailand boleh baca report larian saya 2013.



Salinan penuh dalam majalah KAPCAI.

Pada catatan Tarutao 11th Retrace Minimarathon 2014 bersama penunggang motosikal dan keindahan pulau ini, menarik minat dua majalah tempatan untuk memaparkan catatan 2014 dalam KAPCAI - May 2014  dan LIBUR - Jun 2014.



Salinan penuh dalam majalah LIBUR.

Labels: , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home